Sunday, 15 December 2013

!!! Gambaran Hari Kiamat!!!

Actually kisah ni diambik dari sorang kwan ni..
dye post kat timeline.........hehehehe
bdebar jugak la mase bace post ni........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, 27 March 2013


"Persahabatan bukan hanya sekadar kata,
yang ditulis pada sehelai kertas tak bermakna,
tapi,,
persahabatan merupakan sebuah ikatan suci,
yang ditoreh diatas dua hati,
ditulis dengan tinta kasih sayang,
dan suatu saat akan dihapus dengan titisan darah dan mungkin nyawa"..

Duhai Sahabat~

Sahabat....
Saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap..
Tak akan ku berkata..
Namun ku hanya akan diam..

Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan.
Tak akan ku luahkan..
Yang ku lakukan hanyalah diam..

Sahabatku,............
saat kau mencintai seseorang,
Maka cintailah ia dalam hening.
Dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.
Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan.
Jangan kau leraikan rasamu itu.

Dan,
percayalah pada Takdir..
Allah telah mengatur apa yang terbaik untuk kita..
Jadi, apa yang kau risaukan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Sahabatku........
kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
Hingga saatnya tiba..
Maka, ku ingatkan padamu, tidakkah kau malu jika smua rasa telah kau luahkan...
Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?

Dan sedarilah duhai sahabat, 
fitrah kita wanita adalah pemalu,
Dan kita indah karena sifat malu yang ada pada diri kita..
Lalu, masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?
Masihkah kau tampak bijak jika malu itu telah kau singkap..
Duhai gadis, jadikan malu sebagai pendindingmu..
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan..

Maka cintailah dlm hening.
Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
Agar kesucianmu tetap terjaga..
Agar keanggunanmu tetap terbias..

Sahabat... 
yg kau perlukan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu,
Lalu..Arahkan pdNya..
Dan cintailah dalam diam..
Dalam hening..
Itu jauh lebih indah..
Jauh lebih suci..
InsyaAllah
Amin ya Rabbal Alamin..

Friday, 8 March 2013

^_^

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..


Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..


Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, 

InsyaAllah............

Keep smile :)

Allah tidak pernah menjanjikan langit selalu biru.
Allah tidak pernah menjanjikan jalan hidup tanpa batu.
Allah tidak pernah janjikan matahari tanpa hujan.
Allah tidak pernah janjikan kebahagiaan tanpa kesedihan.
Allah tidak pernah janjikan kesuksesan tanpa perjuangan.
Kadang kita dapatkan kilat, petir dan badai tapi 

bukankah kita tahu ada pelangi setelah hujan?

Allah menjanjikan kemudahan bersama kesulitan.
Allah janjikan Rahmat dalam ujian.
Allah janjikan ganjaran dalam kesabaran.
Allah janjikan keteguhan dalam perjuangan.

KEEP SMILE AND SPIRIT ^__^

Senyum ketika kita kehilangan sesuatu karena Allah telah menyediakan yang terbaik.
Senyum ketika keadaan membuat kita terpuruk karena Allah akan mengubah kesedihan dengan suka cita.
Senyum ketika orang menyakiti karena kita tahu Allah tidak pernah tidur dan selalu menjaga kita.
Tetaplah tersenyum dan bersuka cita karena pertolongan Allah sudah dekat.

LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA

Kelebihan Al-Mulk

Kelebihan Surah Al-Mulk Ada diceritakan dalam Al-Quran melalui maksud surah Al-Mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dengan Surah Al-Mulk..
Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..
sebelum sempat menyoal, surah Al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..
malaikat berkata 
"Ya ahlul kitab..aku kenal kamu..kamu Al-Mulk..kenapa kamu datang ke sini?" 
Seraya Al-Mulk menjawab 
"Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku..Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini." 
Malaikat menjawab, 
"Wahai Al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami." 
 Lantas Surah Al-Mulk datang kepada Allah. 
"Wahai Allah..aku adalah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Quran MU.."
 Maka Allah memberi keizinan kepada Al-Mulk..terus Al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia. 
Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, 
"Ya malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (Malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak." 

*Nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal Surah Al-Mulk akan terhindar daripa siksa kubur..wallahualam... 
Rasulullah SAW bersabda:
 “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.”

Subhanallah...........

Sunday, 10 February 2013

Maulud ^^

Assalamualaikum ^^

Tak tau nk mula camner.. Hahaha...
Tapi malam ni nk citer sal perarakan Maulidur Rasul....
Memang suke la haritu sbb x payah blajar...
Nak larikan diri dari subjek BA je sbnarnye.. Huhu...
Maulud tu hari Khamis, so, start hari selasa, kitorang blatih la....
Memang rase x puas hati la, dgan guru pmbimbing xde, lelaki pulak,, entah la...
Pandai marah je, x pandai control lgsung...
Hari kedua blatih, ppuan mngalah la ngan lelaki, ikot je diorang...
Brape kali pusing padang entah.. Panas~
Esokan harinye, cg suh bkumpul pkol 7.30 pg, kononnye....
tapi, bergeraknye pkol 8.30 jugak...
Smpai kat tempat bkumpul, macam2 baju diorang pakai....
ade jugak yg klakar..  ter'over' pon ade...
Papepon, semangat tu penting kan... Niat pon pnting jugak.. Jangan semata2 nk btanding..
Otw berarak, memang semangat la,, tibe2 je barisan jadi straight, mase blatih, x la straight camtu sume...
Akhirnye smpai la kat padang besar, dah bnyak kontinjen yg smpai..
Pastu kan, ade kumpulan nasyid Now See Heart wat persembahan..
Suke giler2 r... Rase nk mlompat sbb nk tgok jelas... Boleh dgar je, xley tgok sbb ramai org sngat...
Smpai sini pulak.. Haish, lain yg nk citer, lain yg tulis.. Xpela..
So, majlis pun bmula la... Mula2 MB berucap pastu pnyampaian hadiah...
Dahla bmula ngan kategori sek.men dulu... Mmg bdebar la...
"tempat ketiga jatuh kepada.. Sek. Men. Agama Mahmudiah''
tempat kedua jatuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil''
"dan johan bg kategori sek men adalah...............kontinjen IMTIAZ!!!''
mase tu, drpd duduk, terus melompat.. Betapa hepinye...
Alhamdulillah :) syukurnye.... Berbaloi la berpanas mase blatih...
haha
ni gmbar2 time Maulud tu.. Ambik dari FB je kite.. huhu.. Kamera xley bawak...







Sampai di sini saje yep....
Wallahualam

Thursday, 7 February 2013

Tatkala Hati Ini Berbicara

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَن اارَّحِيم

Ya Allah....
Kenapa hati ini semakin lalai?
Adakah sinar itu tidak muncul lagi dalam hatiku walau secebis?
Aku mohon Ya Allah....
Segerakanlah perjalanan sinar itu untuk cepat smpai dalam hatiku
agar ia dapat menjadi benteng hati ini Ya Allah...

Kuatkanlah hati ini Ya Allah...
Cekalkanlah hati ini Ya Allah... 
Bentengkanlah hati ini dengan sinar iman kepadaMu Ya Allah....

Ya Allah, andai Qalbu ini dibaluti dengan kasih kepadaMu, 
nescaya kemanisan iman yang selama ini ku cari akan kutemui..
Jangan biarkan jasad ini tenggelam di dalam gaung nafsu duniawi,
Putikkan keazaman yang utuh dalam hati ini.

Ya Allah...
Andai suatu saat diri ini jatuh tersungkur, 
Jangan biarkan mata ini buta untuk mencari landasan yang benar...

Ya Rabb,
Dengarlah bicara hati ini, 
Bacalah bisikan syahdu qalbu ini Ya Allah..
Dan..
Tetapkanlah skrip hidup insan ini...
 

Aku mohon, permudahkanlah setiap saat urusanku di dunia 
dan pastinya di akhirat kelak...
Dan ketahuilah...
Kasihku padaMu takkan pernah ada penghujungnya....


Friday, 25 January 2013

Puasa Pada Hari Jumaat

Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Hari ni dah nak balik asrama :(

Hmm... Mintak2 Allah permudahkan utk mnuntut ilmu.. Alhamdulillah.. Skarang ni dah ade ckit rase seronok blajar.. Walaupun ckit, kene ade jugak kan? Mintak2 la perasaan seronok blajar ni kekal dan semakin btambah..
Ha! Ade ustaz ni bg satu doa kat saye,

''اللهم ارزقنا الاستقامة''

'Ya Allah, Kau masukkanlah ke dalam diriku, Istiqamah..''

Istiqamah ni berterusan...Ustaz tu cakap lagi, kalau nak ilmu tu melekat je kat hati kite ni, semuanya nk kene beres.. Faham kan, maksud beres kat sini... Cthnye: Ade satu pinggan kotor, pastu, kite nak ke ltak nasi yg bersih tu atas pinggan kotor tu.. Mesti la xnak kan.. Pinggan tu diibaratkan hati kita..Nasi tu pulak ilmu.. 


Kalau kite rase malas, cepat2 tepis.. Lawan!! Macam nk naikkan layang2, nak kene lawan angin kan? Baru la boleh naik... Kalau ikut je angin tu, smpai ke mane entah dye bwak pergi layang2 tu... Entah2 x naik lgsung.. Nah, angin ni macam nafsu kite la.. Kalau kite lawan, InsyaAllah bolehnye...


Hmm.. Lagi, ustz tu bgtau, perbuatan kite hari ni mnggambarkan iman kite stakat mane.. Kalau berborak x tentu pasal, duduk bergalak situ, bergalak sini, itula iman kite.. Stakat tu je iman kite.. Faham x mksud saye?? Xtau nk explain macam mane.. Hehe.. So, mulakan hari kite dgan perbuatan/amalan yg baik :)


Semua yg saye tulis ni adalah hasil dari perjumpaan saye dgan ustz tu.. Ustz tu kaunselor kat skolah saye... Tetibe je rase nk mintak pendapat... 

رب يسر ولا تعسر وتمم بخير
Ya Allah, permudahkan, jgan halangkan, semoga semuanya baik2 saje....


Wallahua'lam...



Photobucket

Thursday, 17 January 2013

Road to PMR~~


Bismillahirrahmanirrahim.... 

Lukisan ni, dilukis mase f3...
tetibe je datang idea nk lukis bnde camni, 
ni adalah perjalanan kitorang spanjang f3...
time saye n kawan saye lukis lukisan ni, kalau x silap, dalam waktu tdekat lpas bengkel geografi rasenye... KALAU X SILAP....
betol ke x entah.. hahahha.... 
kalau f3 tu, ok la, mase last pon boleh strugle lagi utk pmr.. tapi.. 
naik je f4... err... 
keje skolah, ya Allah, bnyak sangat...
terutama add math... huhu... add math oh add math..... 
hmm.. papepon, gmbar ni akan jadi kenangan saye dgan kawan saye tu, sbb dye dah nk pindah skolah.. :(